free counter

Oh ..! Peminat ku ..

Monday, 18 April 2011

peminat Alleycat...teRimA kASih..!!!!

"telah lama ku hidup melara..."smpai kan lah salam cintaku padanya...,,,sekuntuk mawar merah.."

semua orang tau ney lirik daripada kumpulan yang famous ianitu ALLEYCAT..antara banyak2 band,,aku suka band alleycat,,dan  dalam banyak2 lagu aku suka lagu dari kumpulan alleycat,,lebih2 lagi lagu sampaikanlah salam dan seribu bintang...knape aku suka alleycat???baca artikel dibawah ini,,,

"""DITUBUHKAN sejak 40 tahun lalu, Alleycats mencipta sejarah sebagai kumpulan muzik paling lama bertahan dalam industri muzik tanah air, malah ia satu-satunya kumpulan muzik berkonsep muhibah di negara ini, dengan anggotanya terdiri dari berbilang bangsa.

Diasaskan dua beradik kelahiran Pulau Pinang, David Arumugam dan Loga Arumugam, kumpulan ini terlebih dulu dikenali sebagai penghibur profesional yang sering mengadakan persembahan di hotel mewah dan kelab malam eksklusif bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh Asia.

Pada 1978, Alleycats yang anggota asalnya termasuk Shunmugam Arumugam (gitar utama), Tan Chin Hock (dram), Chester Anthony Passerella (seksofon), Frank Ong (gitar bass), Khoo Fook Sin dan Grenville (keyboards) mengikat kontrak rakaman dengan Polygram Records.

Ia seterusnya menyaksikan kelahiran album sulung, Terima Kasih, kira-kira setahun kemudian, memuatkan lagu hits seperti Senandung Semalam dan Jika Kau Bercinta Lagi, yang masih diminati hingga ke hari ini,
Alleycats juga berjaya menghasilkan lebih 15 album studio, tidak termasuk album kompilasi sepanjang karier muzik mereka walaupun ada di antara anggotanya sudah meninggalkan kumpulan itu kerana mempunyai komitmen peribadi.

Album itu termasuk Penyanyi, Dapatkah, The Alleycats – Kucing, Alleycats 4, Alleycats 6 Kucing, Drama Kehidupan, Kerana, Suara Kekasih, Sampaikan Salam, Alleycats 12, Aku Kerinduan, Suatu Pengertian, Tetap Merindu, Dilema Sekuntum Cinta, Kucing Lorong, Selagi Tangis Belum Berakhir, Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia dan Rasa.

Antara lagu hits mereka yang kekal evergreen hingga kini ialah Andainya Aku Pergi Dulu, Gerimis Senja, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Senyumlah Kuala Lumpur, Kisah Kau dan Aku dan Hingga Akhir Nanti, Bagaimanapun, dalam keghairahan mereka mencipta kejayaan, Alleycats tiba-tiba dikejutkan dengan berita sedih apabila Loga meninggal dunia pada 4 Jun 2007 selepas lapan bulan bertarung dengan penyakit kanser paru-parunya.

Kehilangannya cukup dirasai anggota kumpulan itu, terutama David, namun ia tidak sedikit pun menggugat perjalanan seni Alleycats yang kini sudah menemui pengganti beliau.'(dipetik daripada sahabat baikku,,,google)








ahli kumpulan alleycat...


keturunan daripada alleycat,,,bigcat...;)

No comments: