free counter

Oh ..! Peminat ku ..

Monday, 21 November 2011

result keluar..!! jom cepat gi tengok ..!!

hah...17/11 hari tu result UPSR keluar..aku sangat excited r pada ari t'sebut utk ambil result tu..walaupun bukan aku yang UPSR ..terasa bagai aku je yang menduduki UPSR...


wajah2 budax mengambil result..

ibubapa gembira dengan pencapaian anak mereka

jalan selamba je selepas menerima result yg membanggakn...


mereka neii lah antara2 yang bakal memimpin negara...amin..


Thursday, 18 August 2011

tips mengatasi tension

tips mengatasi masalah/tension

1-firstly,,kalu korang ade masalah mesti korang cuba luahkan dekat kawan atau ibu,,
tapi ade sesetengah manusia dia lebih suka masalah itu disimpannya sendiri baginya lebih selamat masalah itu tidak diluahkan sebab dia tak nak orang lain beban dengan masalah yang dialaminya..

2- dalam islam,,kalu seseorang yang sedang tension haruslah mengambil wuduk,,membaca al-quran atau solat bagi menenangkan jiwa yang sedang marah itu..

3-ade jugak sekarang neyy lebih ramai orang buat bila tension diorang amik bantal then tutup muka tidur..


Monday, 4 July 2011

destina yang menarik,,,

selalulah terdengar khabar angin mengatakan bahawa pulau tioman tu tempatnye cantik,,,,airnye jernih sehinga boleh nampak ikan...teringinlah jugak nak pergi..akhirnye hajatku untuk pergi pun dipenuhi..pada jumaat ary tu aku pergilah bercuti dipulau tioman dengan keluarga n uncle Rosli...

memang benar2 terujalah...beznye tak terkata..aku share kanlah serba sedikit gambar disana..

pemandangan pada waktu petang

waktu hampir senja


jernih kan airnye??

ney sewaktu snorcling,,


bezkan,,sebenarnye banyak lagi gambar yang nak dikongsikan,,tp x cukup masa..


*kalau nak rasa sendiri keseronokannye pergi bercuti ke pulau tioman..pahang*





Thursday, 30 June 2011



hahh,,,mungkin ade yang tertanye-tanye kenapa blog ney dh lama x updatekan,,sorry sebab buatkan u all semua tertanye-tanye..ada masalah teknikal sedikit tapi sekrang dh ok...

dengan kesempatan ini nak share sikitlah kan citer tentang hukuman yang dijatuhkan keatas aku sepanjang minggu ney.ermm,,kalu korang dah bez berada diatas apa perasaan korang bila tiba2 terpaksa terjunam turun kebawah,,??example macam neylah,,korang dah jadi seorang bisnesman yang berjaya ,tiba2 bisnes korang ade mengalami masalah yang mengakibatkan korang gulung tikar..mesti korang berasa malu,,marah,,bengangkan,,,begitu juga aku,,tapi apa boleh buat sabar jelah..hanya allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku sewaktu itu kena caci,,kena kutuk,,banyak lagilah

aku menghadapinya dengan penuh kesabaran,,apabila aku berada di bawah ney aku merasa lain daripada yang biasanya,,mana taknye kita dah selalu relex berada diatas bila kita dibawah,,terpaksalah berusaha sendiri..aku berasa gembira kerana ada juga yang sudi menemaniku selama aku menjalani hukuman ini..nak tau siapa..??/rahsialah

selalunya kita anggap budak bawahan ney terlalu sosial sangat dan tiidak tahu menghormati orang..rupa-rupanya tak semua budak bawahan ney mempunyai perangai seperti tu..cuma segelintir sahaja..terharu aku melihat dia..baik sungguh hatinya walaupun....alangkah baik kalau aku dapat mengenalinye dengan lebih dekat lagi..apakan daya ,,hukuman aku telah pun berakhir..aku harap walupun hukumanku telah berakhir tak bermakna persahabatan kita juga mesti berkhir.

kesimpulannya disini janganlah kita pandang seseorang itu mengikut luaran dan karakternye sahaja,tetapi pandanglah mengikut hati dan niat murninya..selamilah dirinya dahulu baru boleh buat anggapan sendiri ,,

Sunday, 29 May 2011

mentor 5
sebagai yang disedia maklum,,salma telah menang dalam mentor 5 semalam,,,dengan memperoleh 85 mata,,

manakala shiha telah mendapat tempat kedua dengan 63  dan diikuti oleh iqa mendapat 56,,tuah manusia siapa

yang tau,,kini salma lh juara mentor yg ke-5,,,



salma dan mentornya erra fazira




shihah dan mentornya D.sharifah aini

iqa dan mentornya edry

cara nak letak shoutbox

Untuk Blogspot
1. Login di dashboard, kemudian paparkan halaman Layout – Page Element.
2. Setelah itu, klik pada Add a Gadget, kemudian pilih HTML/JavaScript.
3. Seterusnya apabila kotak Configure HTML/JavaScript dipaparkan tampalkan (paste) skrip seperti berikut pada ruangan Content:
side
4. Apabila selesai, simpan (save) gadget HTML/javascript yang di-update, tetapi pastikan anda tidak meletakkan tajuk (title) pada skrip berkenaan. Setelah itu, lihat laman blog anda. Kini anda memiliki shoutbox yang diletakkan di sidebar (kiri).
5. Kedudukan (Position) gadjet tu tak kisah, boleh diletakkan di mana-mana.

Tambah Page Baru dan Page Tab

Page Baru
Sebelum korang buat page static seperti sitemap aku nie mesti korang nak tau... macam mana nak buat page baru dan page tab kan?... jadi aku mula kan dengan topik nie dulu... 
Klik NEW PAGE
Step 1 : Korang pergi dekat Dashboad >>> Posting >>>Edit Pages
Klik NEW PAGES... Okay.dah siap, 1 step jer untuk buat pages baru nie... Korang boleh buat sampai 10 pages sahaja... jangan lebih-lebih. 
Di pages baru nie, korang boleh edit macam biasa seperti nak post entry...tetapi beberapa ciri seperti date post entry tiada...sebab korang nak buat static pages yang sentiasa ada kan?...  contoh option yang ada seperti diatas...

Page Tab Navigation
Page Tab
Selepas korang dah buat Page baru dah publish post page tuu, maka secara automatik akan ade Page Tab... di bawah nie cara-cara nak letak... tetapi aku konfirm page tab itu akan muncul kalau korang dah guna templetes dari Templetes Designer yang dekat dashboard design blogger tuu... page tab biasanya dah tersedia optimize dalam Templetes Designer...

Kepada mereka yang menggunakan templetes yang pasang siap seperti di btempletes atau dzignine... aku tak sure laa boleh keluar ke tak... jika korang belum juga nampak page tab sila tukar templetes baru laa yer (^_^)

Step 1 : pergi dekat Dashboard >>> Design >>> Page Elements >>> Add a Gadjet

 Step 2 : Korang cari Gadjet/widget bernama Pages 
macam aku, kat sini dah tersedia 'added already'...so tak perlu tambah dah

Step 3 :Dibahagian "Configure Pages List" (klik pada gadjat Pages yang korang tambah tadi)  Korang  [TICK] automatic supaya setiap kali Pages baru ditambah, page tab juga bertambah...

Step 4 : Masih di bahagian "configure pages list"...korang boleh ubah susunan Tab... 

Step 5 : Last step... semua okay !..dah siap...hehehe

Entri Berkaitan : 
►Tab Menu Gadjet Link List

Entry Luar Berkaitan :
CikTom(dot)Com : Tutorial: Tab Menu

Tammat Sudah

Bila dah ade pages tab, nampak seperti kemas sedikit, pembaca korang pon tak tersesat di belog korang kan?... Kalau korang dah tau pasal nie, sila abaikan entry ini... harap entry nie dapat membantu korang mengempakkan belog korang...

Aku just nak kongsi ape yang baik bagi aku... well ilmu patut di-sharing... "sharing is caring"... tak kisah laa kalo korang nak copy-paste tutorial ini dan letak dekat entry korang... janji korang refer belog sini balik yer...

Monday, 23 May 2011

info tambahan

INFO TAMBAHAN :
  • kesemua bulan dalam sistem solar dinamakan sempena mitos Greek dan Roman,kecuali bulan-bulan disekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.
  • Aligator boleh hidup lebih daripada 100 tahun
  •  negara Argentina bermaksud 'bumi perak' (argent bererti perak)sebenarnya sedikit sahaja perak dinegara itu..
  •  sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya
  • suatu kejadian gempa bumi pada 16 disember 1811 telah menyebabkan arus sungai Mississippi  mengalir kebelakang.
  • seekor burung helang boleh membunuh anak rusa dan membawanya terbang.

Saturday, 21 May 2011

1- Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses. 

2-    Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu       membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

3-    manusia mempunyai 100,000 helaian rambut mengikut purata dan proses pertumbuhan rambut
menjadi lebih cepat pada waktu malam.


4-   orang yang takut cacing dikenali juga dengan helminthophobia atau scoleciphobia


5- orang yang takut gelap dikenali dengan achluophobia atau lygophobia

rahsia disebalik nombor rumah

Rahsia Di Sebalik Nombor Rumah

Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki
sekarang?Apa nombornya?Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami
rumah tersebut?
Kiraan:
Nombor 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah….
Nombor 192
= 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah….

Rumah nombor 1

Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya
dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering
berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan
fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan
gembira.

Rumah nombor 2

Orang yg tinggal di rumah ini selalu
dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilah
teman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik
dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada
penghuninya.Cubalah… .

Rumah nombor 3

Biasanya mereka yg tinggal di rumah
bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan
percutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya
degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’
dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk
meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik
beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang
yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati
jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar
mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4

Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk
diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan
kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di
rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah
ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis.
Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis
ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang
lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5

Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan
seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal
di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka
akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang
bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun
begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat
perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan
telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan
kebendaan.

Rumah nombor 6

Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor
ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan
tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai
daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang
tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra
menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu
juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah
kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan
layanan yang kamu berikan.

Rumah nombor 7

Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan
dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main
dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua
kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada
kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang
alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu
juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang
sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan
perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit
dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk
mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa
depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8

Rumah ini lebih digemari oleh golongan
yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul
jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang
berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah
itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami
rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula
kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap
kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9


Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang
dicita-citakan selama ini.

kristian berdakwah

Cara-cara kristian berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama
pencari kerja. Pendakwah 

akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) 


didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas 

dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum  1 minggu lidah

  menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah

Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari

Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

*paderi besar kini adalah seorang islam bernama kamaruddin hj ahmad,,,*

Friday, 20 May 2011

si pengecut balloon

sejak peristiwa itu berlaku kepadaku,,aku sudak tidak lagi untuk bermain,,berpegang mahupun mendekatinya

lagi...kerana cukuplah dengan apa yang terjadi kepadaku pada 5 tahun yang lepas...dan sejak itulah aku

phobia dengannya ...........nak tau apa,,,jeng jeng jeng...

         ^-^
 
           ^-^


         ^_^

         ^_^









suasana pada ary guru








say my bestie xde ape2lah iffa just belon je kot...



...hahaha mesti x percayakan????itulah iffa asilah yang berani ney rupanya takut balloon....hahhhh tulah

realitinya ...tapi pada smbutan hari gur '11 ari tu

aku telah berhadapan dengan musuh aku itu....entah macam mana entah habis sahaja lagu yang dinyanyikan

oleh guru-guru ,,,balloon-balloon yang digantungkan  disebelahku pon dileletupkan..apalagi aku terkejut lalu

menangis (pengecut betul aku ney dengan belloon pon takut) dahlah waktu tu keadaanku kurang sihat tambah

lagi dengan tragedi belon tu bertambah demam jadinya aku...itulah kisah daripada seorang pengecut balloon

Monday, 18 April 2011

peminat Alleycat...teRimA kASih..!!!!

"telah lama ku hidup melara..."smpai kan lah salam cintaku padanya...,,,sekuntuk mawar merah.."

semua orang tau ney lirik daripada kumpulan yang famous ianitu ALLEYCAT..antara banyak2 band,,aku suka band alleycat,,dan  dalam banyak2 lagu aku suka lagu dari kumpulan alleycat,,lebih2 lagi lagu sampaikanlah salam dan seribu bintang...knape aku suka alleycat???baca artikel dibawah ini,,,

"""DITUBUHKAN sejak 40 tahun lalu, Alleycats mencipta sejarah sebagai kumpulan muzik paling lama bertahan dalam industri muzik tanah air, malah ia satu-satunya kumpulan muzik berkonsep muhibah di negara ini, dengan anggotanya terdiri dari berbilang bangsa.

Diasaskan dua beradik kelahiran Pulau Pinang, David Arumugam dan Loga Arumugam, kumpulan ini terlebih dulu dikenali sebagai penghibur profesional yang sering mengadakan persembahan di hotel mewah dan kelab malam eksklusif bukan hanya di Malaysia, bahkan seluruh Asia.

Pada 1978, Alleycats yang anggota asalnya termasuk Shunmugam Arumugam (gitar utama), Tan Chin Hock (dram), Chester Anthony Passerella (seksofon), Frank Ong (gitar bass), Khoo Fook Sin dan Grenville (keyboards) mengikat kontrak rakaman dengan Polygram Records.

Ia seterusnya menyaksikan kelahiran album sulung, Terima Kasih, kira-kira setahun kemudian, memuatkan lagu hits seperti Senandung Semalam dan Jika Kau Bercinta Lagi, yang masih diminati hingga ke hari ini,
Alleycats juga berjaya menghasilkan lebih 15 album studio, tidak termasuk album kompilasi sepanjang karier muzik mereka walaupun ada di antara anggotanya sudah meninggalkan kumpulan itu kerana mempunyai komitmen peribadi.

Album itu termasuk Penyanyi, Dapatkah, The Alleycats – Kucing, Alleycats 4, Alleycats 6 Kucing, Drama Kehidupan, Kerana, Suara Kekasih, Sampaikan Salam, Alleycats 12, Aku Kerinduan, Suatu Pengertian, Tetap Merindu, Dilema Sekuntum Cinta, Kucing Lorong, Selagi Tangis Belum Berakhir, Tangga Tangga Ke Pintu Bahagia dan Rasa.

Antara lagu hits mereka yang kekal evergreen hingga kini ialah Andainya Aku Pergi Dulu, Gerimis Senja, Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Senyumlah Kuala Lumpur, Kisah Kau dan Aku dan Hingga Akhir Nanti, Bagaimanapun, dalam keghairahan mereka mencipta kejayaan, Alleycats tiba-tiba dikejutkan dengan berita sedih apabila Loga meninggal dunia pada 4 Jun 2007 selepas lapan bulan bertarung dengan penyakit kanser paru-parunya.

Kehilangannya cukup dirasai anggota kumpulan itu, terutama David, namun ia tidak sedikit pun menggugat perjalanan seni Alleycats yang kini sudah menemui pengganti beliau.'(dipetik daripada sahabat baikku,,,google)








ahli kumpulan alleycat...


keturunan daripada alleycat,,,bigcat...;)