free counter

Oh ..! Peminat ku ..

Saturday, 9 September 2017

DUA6012 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BINCANGKAN PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU DAN CARA PENYELESAIANNYA.
NAMA PENSYARAH :HJ. MOHD ZUKY BIN HANAFI
          JABATAN                      :PENGAJIAN AM

AHLI KUMPULAN     :NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMAD
                                                                      (12DEP15F1028)
                                                  :NUR IFFA ASILAH BINTI ROSZAINUDDIN
                                                                      (12DEP15F1022)
                                                  :MAISARAH BINTI SAAT
                                                                       (12DEP15F1024)

          PROGRAM                  :DIPLOMA KEJURUTERAAN      
                                                   ELEKTRONIK KOMUNIKASI

          KELAS                         :DEP5B

          SESI                              :JUN 2017

            

            PENGHARGAAN

Kami dari kelas DEP5B mengucapkan syukur ke hadrat ilahi dan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zuky kerana memberi kami masa yang mencukupi untuk menyiapkan kertas kerja ini. Tajuk kami dalam penulisan kertas kerja kali ini ialah punca punca hiburan melampau dan cara mengatasi salah satunya ialah kebebasan penggunaan media sosial.
Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.





PENGENALAN

Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi.
 Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
            Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
            Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain…


PUNCA HIBURAN MELAMPAU

            Keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan dengan kurang perhatian dan kasih sayang, anak-anak akan terbiar. Mereka lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan kekerasan, anak-anak akan suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan mencari rakan untuk meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima dari pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran remaja sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman sekarang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon bimbit seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet. Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat banyak aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok. Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang teransang dengan fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain terutama wanita. Fikiran yang kotor boleh membawa mereka kepada hubungan kaum sejenis, rogol dan liwat.



                        Remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi dengan kawan sama umur atau yang memahami keadaan diri mereka. Akan tetapi, jika slah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah. Kawan yang mempunyai aura negatif, boleh menyebabkan terjerumusnya kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dikalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa dengan suasana baru. Ini boleh menyebabkan remaja-remaja mengalami kejutan budaya di tempat baru. Bila remaja-remaja ini sudah terjebak, mereka berasa seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar. Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.


           CARA PENYELESAIAN

Remaja perlu mendekatkan diri dengan didikan agama. Disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri dengan bergaul bersama yang berpengetahuan dan orang yang arif tentang agama.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan perhatian, pendidikan yang serius dan juga mencurahkan kasih sayang yang cukup terhadap anak-anak mereka.Bak kata pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut.Selain itu menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan dalam diri mereka. Mereka juga perlu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Berjumpa dengan guru atau orang yang dipercayai untuk mendapatkan nasihat dan pandangan yang baik.Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah.Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.PIBG jangan lah jadi umpama “kucing tak bergigi, tikus lompat tinggi-tinggi”.

Masyarakat juga memainkan peranan penting bagi membendung masalah hiburan melampau dalam golongan remaja. Masyarakat yang prihatin dapat menjamin kejiranan yang aman dan harmoni. Bagaimanapun, masyarakat zaman sekarang kurang peka dengan keadaan sekeliling. Walaupun mereka sedar betapa kuatnya peranan media mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan, mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada hal kejiranan. Jika di kawasan kejiranan yang dipenuhi dengan pelajar sesebuah institusi pengajian, ada yang membawa rakan berlainan jantina datang ke rumah. Jiran-jiran yang melihat hanya mendiamkan hal ini. Jadi, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semakin tidak dibendung. Pembukaan pusat-pusat hiburan di kawasan berhampiran seperti pusat karaoke, snooker dan judi. Masyarakat tidak membantah pembukaan pusat-pusat tersebut. Sedangkan ditempat sebegitu lebih banyak membawa remaja kepada hiburan yang melampau kerana tempat yang lebih tertutup. Tambahan pula, sesetengah pusat-pusat hiburan ini menghidangkan minuman tidak halal dan penjualan dadah. Remaja akan terdorong untuk mencuba sesuatu yang baru bagi mereka.
            Hiburan melampau dikalangan remaja masih dapat dibedung jika setiap pihak memainkan peranan masing-masing. Ibu bapa dan ahli keluarga patut lebih mengambil tahu mengenai masalah setiap ahli keluarga serta mengenali rakan-rakan yang bergaul dengan ahli keluarga. Ibu bapa juga patut menghadkan penggunaan gadjet dan internet di dalam rumah dan memantau apa yang dilayari oleh anak-anak. Menerapkan lebih nilai keagamaan, nilai-nilai murni dikalangan ahli keluarga sejak dari kecil. Ibu bapa juga lebih kerap meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Masyarakat patut lebih memantau kawasan sekeliling dan menegur sebarang aktiviti tidak berfaedah dikawasan kejiranan dengan lebih berhemah. Pihak berkuasa juga perlu memeriksa premis-premis pusat hiburan dengan lebih kerap supaya aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dikalangan remaja dapat dikurangkan.
            Media massa juga berperanan memberi kempen atau rancangan yang memberi impak positif kepada remaja. Selain itu tidak menyiarkan rancangan yang boleh merosakkan minda ramaja yang menyebabkan remaja terikut-ikut dengan aksi yang disiarkan.
            Penguatkuasa Undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar kepada pihak polis



KESAN-KESAN

 Dalam kajian kami mencari kesan tiada ksan baik yang kami temui
 antara kesan yang kurang baik ialah :


Ø  Sikap pentingkan kemewahan.
Ø   Peningkatan kes jenayah.
Ø  Keruntuhan akhlak dalam golongan remaja.
Ø  Terapan nilai nilai negatif.
Ø  Menggagalkan usaha remaja menjadi golongan yang manusia yang sempurna  dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
Ø  Meningkatkan gejala sosial dalam kalangan remaja dan belia
Ø  Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
Ø  Menggagalkan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu pengetahuan.
Ø  Golongan remaja dan belia semakin jauh dari pada nilai-nilaikeagamaan.
Ø  Maruah keluarga tergadai



PENUTUP

Remaja kita tidak mementingkan perihal tentang menghormati ibubapa, guru dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan lain-lain lagi. Mereka hanya mementingkan keseronokan daripada semua itu, mereka merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup dan memilih hiburan melampau.
Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Jika kita perasan, dalam linkungan umur inilah ramai remaja kita yang menghadapi pelbagai masalah. Remaja kini bukanlah golongan yang pandai berdikari seperti remaja zaman dahulu, malahan mereka seperti bayi yang perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
Kini negara kita mengalami pelbagai masalah yang melibatkan golongan remaja, bahkan isu ini sudah menjadi perkara biasa bagi masyarakat negara kita. Mereka sering berpendapat bahawa masalah atau gejala sosial dalam golongan remaja adalah normal bagi umur mereka yang sedang meningkat naik. Rata-rata kita dapat melihat gejala sosial yang berlaku di seluruh negara adalah dalam kalangan anak muda remaja.Dalam ini ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak anak mereka supaya menjadi jenerasi yang berguna pada masa hadapan.


 RUJUKAN